Tuesday, September 27, 2011

Doa 3

Semoga aku yakin pada janjiMu Ya Allah.Semoga aku yakin dengan khabar gembiraMu, ya Allah. 'Ya Allah, aku memohon dari Mu, kurniakanlah keyakinan kepadaku. Yakin pada segala janjiMu, seperti yang Kau sebutkan dalam KitabMu, Kurniakanlah keyakinan kepadaku Ya Allah.'

وَبَشِّرِ‌ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِ‌ى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ‌ ۖ كُلَّمَا رُ‌زِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَ‌ةٍ رِّ‌زْقًا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُ‌زِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌ مُّطَهَّرَ‌ةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (Al Baqarah 25)

Friday, September 23, 2011

Doa 2

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَٱسْجُدْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا 
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (26) Al Insaan.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu, kurniakanlah keimanan kepadaku, Ya Allah kurniakanlah kekuatan kepadaku untuk bangun dan bersujud kepadaMu pada sebahagian malam.  Berikanlah keimanan dan kekuatan kepada ku untuk bangun mengerjakan tahajjud.  Ya Allah, aku terlalu lemah. Tak mampu nak istiqomah.  Kurniakanlah kekuatan kepadaku Ya Allah.  Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku supaya mudah bagiku untuk bangun bersembahyang malam. Ya Allah, bantulah aku, Ya Allah.

Monday, September 19, 2011

Kereta oh kereta

16/06/2011 genap 7 tahun, Aveo bersama aku.
Bulan ni Aveo aku banyak menguji... Pagi tadi, on the way nak hantar Alyn kesekolah, aku terjun lubang dan tayar Aveo pecah. Call Pok Bah, nasib ada kedai yg dah buka. Tukar tayar RM 180.


07/09/2011
PART SECTION
Coil-Distributor                                           RM420.00
Pump A-P/Strg                                           RM  588.00
Handle A-RR DR,O/S, RH                         RM 75.00
Wire set                                                      RM 196.70

LUBRICANT SECTION
PTS ATF -TQ-DIII Gear Oil 4 Ltr              RM 98.80

WORKMANSHIP SECTION
To replace  faulty parts and test                    RM 100.00


                                     TOTAL                  RM 1474.50

                                                                   tolak diskaun .50 sen....Adussss.

Next service date: 06/11/2011
Next Service  Mileage: 120,323 KM

Saturday, September 17, 2011

doa

Ya Allah, aku berbuat baik kepada orang lain, tanpa niat supaya mereka beri balasan baik kepada aku.  Aku berbuat baik kepada insan lain, semata-mata kerana suruhanMu Ya Allah. Semata-mata kerana itulah yang dituntut olehMu.  Aku hanya menanti balasan baik dari Mu. Kalau tak dapat didunia ini, aku percaya akan mendapat di akhirat nanti.  Sesungguhnya aku percaya, tentulah balasan diakhirat itu adalah lebih baik. 

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ ٱللَّهِ لَا نُرِ‌يدُ مِنكُمْ جَزَآءً وَلَا شُكُورً‌ا 
"(sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan, dari kamu atau ucapan terima kasih, 
Al Insaan:(9)

Kerana itu juga Ya Allah, aku berdoa semoga aku ni tergolong dalam golongan orang-orang yang benar-benar ikhlas, dalam memberi pertolongan, sedeqah, hadiah...Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang benar-benar ikhlas.