Saturday, October 8, 2011

Aku

Aku lah
Tukang masak - pergi pasar dan masak-memasak
Tukang dobi - membasuh,menjemur,melipat,menggosok pakaian
Tukang kebun - menanam,menjaga,menyiram bunga dan pokok-pokok
Tukang sapu - menyapu dalam dan luar rumah, mop lantai
Tukang cuci - cuci bilik air, dapur,halaman rumah
Tukang drebar -
Aku lah
juga seorang penjawat awam
seorang anak yang ingin berbuat kebaikan kepada ibu.

Bukan nak merungut atau mengungkit, tapi dalam keadaan aku yang sakit sendi dan urat , kerja-kerja tu semua menjadi sukar sekali.
Aku bermohon kepadamu ya Allah, biarlah segala kerja buat ku itu ikhlas kerana Mu. Aku memohon padamu Ya Allah. Semoga ianya menjadi amal ibadah yang diberikan ganjaran pahala dari Mu.

Buku baru

I bought two new books yesterday.
1. Kembara Dua Kota mendamba cinta ilahi - Nor Dalilah Abd Rashid RM20.00
I've read 58 pages,out of 146
2. Noorah - Ummu Hani Abu Hassan RM 20.00
I have just finished chapter 1

Friday, October 7, 2011

Doa 4

Ya Allah aku mohon pada Mu, jadikanlah aku ini seorang yang pemurah. Kurniakanlah sifat pemurah kepadaku ya Allah.

Sunday, October 2, 2011

Ubat dan vitamin

Hari ini aku ada appointment dengan doktor pada pukul 10.00 pagi.  Agak lewat sampai di sekolah. Di sekolah ada program solat hajat dan bacaan yasiin. Selepas usai program, aku ke klinik pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah. BP 126/84. Kalau ikut jadual ;
                                                Perindopril 4 mg 1 biji sebelum makan (pagi)
                                                Amilodipine besylate 10 mg 1 biji selepas makan
                                                Lovastatin 20 mg 1 biji - ni ubat untuk kolesterol.
Tapi aku tak makan ikut aturan. Kenapa ? 1.  aku tak mahu makan drug banyak2, takut kena side effects. 2. terpengaruh dengan kata2 Pok Bah, " ubat2 tu tiada kuasa menyembuh. redha dengan sakit yang kita dapat. kalau kita dapat bersabar, tak makan ubat pun tak apa. kalau tak tahan sakit, ambillah ubat. itu sebagai salah satu ikhtiar, ubat tiada kuasa menyembuh, dan sakit bukan sebab kematian." Ramadhan lepas aku tak ambil pun ubat2 ni kerana BP stabil. ( Aku suka Ramadhan, kerana biasanya dalam bulan ni aku lebih sihat, tak ada gastrik atau migrain menyerang. Ramadhan yang berkat.) Sepanjang Syawal aku hanya ambil Perindopril dan Lovastatin. Kata orang, kalau dah start ambil ubat darah tinggi ni kita kena ambil berterusan, jika tidak BP tu akan naik mendadak. Betul ke? Sehingga hari ini, BP aku nampak normal je.( BP dipantau hampir setiap hari). Hari ni, doaku  " Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku" telah dimakbulkan. :-)

Semenjak Ramadhan lepas juga aku telah mengambil beberapa vitamin dan supplement.
1.  Calcium and vitamin D, kerana sakit sendi - guna Brand Safwa Health kerana ada logo halal
2.  Omega 3 and Fish Oil - brand Safwa Health
2.  Gingko untuk perbaiki aliran darah - brand THC ada logo halal
3.  Riovida dan transfer factor 4life - utk sakit sendi
harap2 lepas ni, aku tak payah makan ubat darah tinggi lagi