Sunday, October 2, 2011

Ubat dan vitamin

Hari ini aku ada appointment dengan doktor pada pukul 10.00 pagi.  Agak lewat sampai di sekolah. Di sekolah ada program solat hajat dan bacaan yasiin. Selepas usai program, aku ke klinik pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah. BP 126/84. Kalau ikut jadual ;
                                                Perindopril 4 mg 1 biji sebelum makan (pagi)
                                                Amilodipine besylate 10 mg 1 biji selepas makan
                                                Lovastatin 20 mg 1 biji - ni ubat untuk kolesterol.
Tapi aku tak makan ikut aturan. Kenapa ? 1.  aku tak mahu makan drug banyak2, takut kena side effects. 2. terpengaruh dengan kata2 Pok Bah, " ubat2 tu tiada kuasa menyembuh. redha dengan sakit yang kita dapat. kalau kita dapat bersabar, tak makan ubat pun tak apa. kalau tak tahan sakit, ambillah ubat. itu sebagai salah satu ikhtiar, ubat tiada kuasa menyembuh, dan sakit bukan sebab kematian." Ramadhan lepas aku tak ambil pun ubat2 ni kerana BP stabil. ( Aku suka Ramadhan, kerana biasanya dalam bulan ni aku lebih sihat, tak ada gastrik atau migrain menyerang. Ramadhan yang berkat.) Sepanjang Syawal aku hanya ambil Perindopril dan Lovastatin. Kata orang, kalau dah start ambil ubat darah tinggi ni kita kena ambil berterusan, jika tidak BP tu akan naik mendadak. Betul ke? Sehingga hari ini, BP aku nampak normal je.( BP dipantau hampir setiap hari). Hari ni, doaku  " Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku" telah dimakbulkan. :-)

Semenjak Ramadhan lepas juga aku telah mengambil beberapa vitamin dan supplement.
1.  Calcium and vitamin D, kerana sakit sendi - guna Brand Safwa Health kerana ada logo halal
2.  Omega 3 and Fish Oil - brand Safwa Health
2.  Gingko untuk perbaiki aliran darah - brand THC ada logo halal
3.  Riovida dan transfer factor 4life - utk sakit sendi
harap2 lepas ni, aku tak payah makan ubat darah tinggi lagi

No comments:

Post a Comment