Monday, November 15, 2010

Izin Ilmu

Dear Sakinah,
Hari ini, 15 November 2010 bersamaan 8 ZulHijjah1431H - hari Isnin
Sekarang jam 4.15 ptg. Aku baru je sampai kerumah. Di Mekah sekarang ni mungkin 11 atau 12 t.hari.  Jemaah Haji sedang wuquf di Padang Arafah.  Dalam channel ART ada live telecast dari Padang Arafah.  Malang sekali tak faham apa yang dibincangkan.  Cakap Arab ke cakap India tu..

Sakinah,
Hari ni di sekolah ada perhimpunan khas. Perhimpunan terakhir untuk tahun ini untuk memperkenalkan dua orang pentadbir yang baru beberapa hari melapurkan diri di sekolah.  PK HEM - En A. Zani b Jusoh dan PK Pentadbiran - En. Raja Azman b Raja Ibrahim.  PK HEM tu sebenarnya telah aku kenali semasa kursus PPSMI 3 tahun lepas, kami satu group, manakala PK Pentadbiran tu telah aku kenali semasa jadi guru sandaran di SMK Jeli pada tahun 1992.  Tapi aku yakin kedua-dua mereka tak ingat, maklum aku ni jenis low profile.  Selepas itu diadakan pula majlis anugerah i-Nilam.
Selepas rehat jam 11.00 pagi  pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 dikehendaki ke dewan sekali lagi untuk majlis izin ilmu.  Inilah majlis terakhir di mana pelajar-pelajar akan memohon maaf dari guru-guru dan meminta agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang diajarkan. "Cikgu maafkan semua, cikgu halalkan semua, jawab soalan periksa mmolek biar buleh A, doa banyak-banyak, selawat banyak-banyak, semoga berjaya.." kata-kata itulah yang aku ulang-ulangkan. Masa ni lah pelajar akan bersalaman dengan guru dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk memeluk dan mencium pipi guru.."terimakasih cikgu...." aku bahagia menjadi guru...

Selepas solat zohor, lebih kurang jam 2.15 petang, aku gi shopping di Hypermarket, mencari barang-barang persediaan raya. Rasanya nak masak soto aje. Pagi raya ni orang tak ramai datang, kebanyakannya sibuk nak pergi ke tempat penyembelihan lembu. Aku tak perlu tergesa-gesa kerana dah suruh Pok Bah gi ambil Alyn di sekolah. (Sakinah, Pok Bah tu panggilan manja untuk husbandku, aku dan Alyn je yang guna nama Pok Bah nih)

Sakinah,
Dalam tv channel ART, jemaah haji sedang berwuquf dan berdoa di Padang Arafah, masih lagi Tok Imam Buta tu yang berkhutbah. kalaulah aku boleh faham B.Arab.. itulah salah satu sebabnya kami menghantar Alyn bersekolah Arab. nak kena sign off, hari ni kami puasa, nak kena masak pulak..bye......

No comments:

Post a Comment